
Sulit
4 tahun
Stress,sy mudah sakit dan selalu mudah mimpi basah
Sy umur24tahun.sy mudah sakit seperti demam dan seterusnya selalu mimpi basah.selama ini sy tdk oernah mengenal hubungan sexual.Sy selalu ingin memilik pasangan tidak terkawal sehingga buat sy stress.sy juga mudah marah dan tekanan darah sy meningkat.apakah ini berbahaya bagi sy dlm jaga masa pjg dan bagaimana sy mengawalnya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami bersimpati dengan masalah yang anda hadapi tetapi kami masih memerlukan yang lebih jelas daripada anda untuk kami mengatahui punca sebenar masalah yang anda hadapi. Namun begitu, gejala yang anda hadapi besar kemungkinan berkaitan dengan stres atau tekanan yang anda alami. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penyebab mimpi basah (wet dreams) antaranya ialah:
- aktiviti seks yang minimal
- penghasilan hormon testosteron
- obesiti dan kurang aktiviti fizikal mengurangkan pengaliran darah ke organ pelvis.
- Gangguan kesihatan mental juga boleh mengakibatkan mimpi basah kerana gangguan rembesan hormon terjadi.
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat sedatif
- Tidur tahap REM berkaitan dengan keadaan bermimpi.
Berkenaan dengan keterangan di atas, anda dinasihatkan untuk mengawal stres dengan tidak terlalu memikirkan soal jodoh. Yakini bahawa anda akan mendapatkan pasangan yang tepat pada waktu yang tepat. Buat masa sekarang, kesihatan anda adalah menjadi keutamaan. Amalkan pemakanan yang seimbang, rehat dan tidur yang cukup setiap hari.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah