
Sulit
4 tahun
Suara tak pecah selepas akil baligh
Saya remaja lelaki brusia 21 tahun,walaupun saya telah akil baligh saya mendapati suara saya tidak garau,suara saya sedikit lembut dan tidak segarau suara rakan yang lain,kalau bercakap dalam telefon,orang akan menyakai saya perempuan/ suara pontan . mohon penjelasan apakah masalah yang saya hadapi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami pada masa ini. Untuk pengetahuan anda, setiap orang mempunyai kadar yang berbeza dalam perubahan suara selepas baligh. Ada yang mengalami perubahan suara pada usia lewat remaja ataupun semasa umur 20-an.
Jika keadaan ini masih mengganggu anda, anda boleh berjumpa dengan doktor untuk mengetahui mengapa anda mengalami masalah sedemikian ataupun anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan secara lebih terperinci mengenai keadaan anda. Terima kasih.