Sulit
5 tahun
Suhu badan naik pada waktu malam, ada sakit tekak dan kahak
Salam Sejahtera Dr, saya ingin bertanya saya mengalami suhu badan panas pada waktu malam, dan terasa sakit tekak dan me punyai kahak. Pada Minggu lepas hari khamis saya ada berjumpa dengan seorang Dr lebih kurang 20 minit tempoh perjumpaan, dan pada perjumpaan tersebut kami secara tidak sengaja ada bersalaman namun terus gunakan semula hand sanitizers. Dan pada hari rabu malam Minggu ini Dr tersebut telah di sahkan positif Covid-19. Saya juga mempunyai masalah anemia dan asthma. Apakah saya mempunyai risiko tersebut? Perlukah saya menjalani saringan?
5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Bagi masalah demam dan sakit tekak berterusan, selain COVID, ia boleh disebabkan masalah kesihatan lain. Antaranya:
- jangkitan virus influenza
- radang tonsil
- jangkitan pharynx
- dehidrasi
- Demam denggi
- pneumonia
Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































