syuzysuziani10
4 tahun
Sukar bernafas dan batuk
saya berumur 20 tahun, sejak kecil saya perasan, yang saya mempunyai masalah pernafasan bila mana saya tarik nafas tetapi tidak sampai sehingga memerlukan saya untuk menguap atau bernafas menggunakan mulut, setelah mencapai umur 20 tahun keadaan ini makin serius, tetapi sebelum ini saya pernah pergi ke hospital terdekat tetapi mereka hanya beri saya ubat demam dan batuk dan mengatakan saya mungkin stress, tetapi mustahil saya stress sepanjang masa, saya mengalami masalah kesukaran bernafas sehingga menganggu tidur saya. selain itu duduk seperti biasa pun saya masih sukar bernafas seperti orang lain, masalah utama saya ialah saya bernafas tetapi tidak sampai sehingga memerlukan tenaga yang kuat untuk menarik nafas dan saya batuk², saya cuma nak tahu saya sakit apa kerana bila saya tarik nafas dada di sebelah kiri saya menjadi sakit dan kepala saya menjadi sakit… dan jika saya nk rujuk di hospital saya nk sangat kes saya ini di selesaikan saya sakit
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Obesiti
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Anda disarankan untuk:
- Berhenti merokok.
- Elak punca alahan
- Elakkan dari terdedah kepada pencemaran, asap dan habuk
- kurangkan berat badan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.