Sulit
3 tahun
Sukar bernafas ketika baring
Saya wanita dan saya berumur 28 tahun… 2 3 hari ni sy sering berasa mcm kurg selesa ketika baring… bila baring sahaja seperti nafas xsmpai… adakah dengan memakan dgg lemak blh menyebabkan saluran pernafasan menjadi sukar mahu bernafas?.. mohon penjelasan doc… terima kasih
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sesak nafas ketika baring dan dada seperti ditekan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca daripada beberapa perkara, antaranya ialah:
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
- kegagalan jantung ( heart failure )
- Anxiety
- hidung yang tersumbat
- hipoventilasi akibat obesiti
Anda mengalami kesukaran bernafas ketika baring? Dapatkan kelegaan segera.
Berdasarkan senarai penyakit di atas, ianya memerlukan maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal sebelum suatu diagnosis ditetapkan. Berkenaan dengan rasa batuk dan sakit kepala yang menyerang, kami memerlukan maklumat yang lebih terperinci seperti kekerapan dan sifat sakit kepala di bahagian sisi yang mana bagi mengenal pasti puncanya yang sebenar. Rekod kesihatan anda juga adalah diperlukan. Anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda kerap mengalami masalah kesukaran bernafas.
Oleh itu, jika anda masih mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih