Sulit
2 tahun
Suntikan cegah kehamilan
saya ibu berumur 41 tahun… ada mengambil suntikan cegah kehamilan selepas kitaran haid… adakah ia berkesan tetapi telah bersama suami pada keesokkan harinya
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Secara amnya, jika anda ingin mengambil suntikan perancang kehamilan 7 hari pertama kitaran haid, anda akan dilindungi daripada kehamilan dengan serta merta. Namun jika anda ingin mendapatkan suntikan pada hari lain dalam kitaran haid, anda memerlukan perlindungan lain seperti kondom untuk minggu pertama mendapat suntikan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.