
Sulit
5 tahun
Suntikan Tetanus bagi luka kecederaan
Saya wanita brusia 20an dan saya baru lepas mengalami kemalangan dan terdapat luka yang agak teruk. Saya diberi suntikan Tetanus untuk pertama kali pada hari ini dan saya ingin bertanya suntikan tetanus tersebut saya perlu dapatkan dalam beberapa kali atau satu kali sahaja ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, suntikan tetanus pada kondisi kecederaan atau luka yang dalam hanya akan diberikan satu kali sahaja. Ia diberikan apabila pesakit mendapat suntikan tetanus terakhir lebih 10 tahun yang lalu. Melihat kepada usia anda, kali terakhir anda mendapat suntikan tetanus mungkin sudah melebihi 10 tahun yang lalu
Untuk masa akan datang, anda digalakkan untuk mendapat booster tetanus setiap 10 tahun ataupun apabila anda hamil, anda digalakkan untuk konsultasi ulang dengan doktor kebidanan berhubung status vaksinasi tetanus anda.
Untuk info dan maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.