
Sulit
5 tahun
Supplements..(makanan tambahan)
Saya berumur 42 tahun ada mengidap gout tapi tidak serius dlm 8 bulan ada la kena sekali…itu pun hanya sakit2 tidak smp bengkak. Mndpat rawatan di pusat kesihatan kerajaan.juga ada darah tinggi yng lebih kurang kiraan nya 143/91 juga telah diberi ubat darah tinggi… adakah dalam keadaan saya ini perlu kepada makanan tambahan seperti yang ada di farmasi…apakah supplement yang terbaik untuk saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, bagi penyakit gout, anda dinasihatkan untuk kurangkan pengambilan makanan laut, daging merah, makanan yang diproses seperti makanan segera yang dibekukan.
Bagi darah tinggi, anda dinasihatkan kurang mengambil makanan yang mempunyai kandungan yang tinggi garam, tidak minum air secara berlebihan. Anda disarankan makan makanan sihat seperti suku-suku separuh iaitu suku nasi/ karbohidrat, suku lauk/ protein, separuh buah-buahan dan sayur-sayuran.
Bagi supplement, tiada supplement khas bagi darah tinggi. Walaubagaimanapun, memandangkan anda mempunyai penyakit gout dan darah tinggi, terdpat risiko masalah jantung. Maka, anda dinasihatkan untuk menjaga kadar gula dan kolestrol anda. Supplement Omega 3 Fish Oil bagus untuk mengurangkan kolestrol. Farmasi kami ada menyediakan supplement tersebut.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.