
Sulit
4 tahun
Susah bernafas naik kenderaan
Saya mengalami masalah bila naik kenderaan mesti sesak nafas. Klu saya naek moto pakai helmet yg agak ketat dlm perjalanan tu dh start mula nak sesak nafas.bila naik kereta pula saya akan terasa sesak nafas bila pasang aircond.rasa macam terkurung kt dlm. Dada rasa mcm ketat. Tapi bila sampai rumah duduk rilek2 dh ok balik. Saya ade sinus yg dh berwarna hijau. Adakah itu penyebabnya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Radang sinus (sinusitis)
- Allergic rhinitis
- Motion sickness (mabuk perjalanan)
- Serangan gastrik
- Refluks asid atau GERD
Pun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan dan mengganggu anda, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.