Sulit
3 tahun
Susah untuk bernafasss
hi, saya budak lelaki umur 15.say berasa susah untuk bernafasa atau tidak puas menarik nafas .adakah ini pentada kepada penyakit?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sesak nafas pada usia yang muda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah saluran pencernaan seperti gastrooesophageal reflux ( asid perut naik ke atas), peptic ulcer disease (perut luka)
- masalah paru-paru sepeti pneumonia (jangkitan paru-paru) atau saluran paru-paru seperti asma
- masalah bahagian otot dada
- masalah jantung seperti dilated cardiomyopathy (jantung membesar), serangan jantung
- masalah saluran darah seperti pembesaran atau koyakan arteri badan
Serangan jantung atau masalah pembesaran arteri jarang berlaku kepada mereka yang masih muda seperti anda.
Oleh kerana pelbagai sebab boleh menjadi punca tuan mengalami masalah tersebut kami perlu mengajukan beberapa soalan kepada tuan untuk mengenalpasti dengan tepat penyebab masalah tuan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.