
Sulit
4 tahun
Swab test dan pregnancy
Saya ada kontak rapat dengan pesakit covid, saya tiada gejala dan diarahkan untuk buat swab test. Saya sudah buat swab test dan diberikan 7 hari kuarantin. Saya sekarang pregnant 38 minggu. Soalan saya, sekiranya saya bersalin dalam tempoh kuarantin, saya boleh pergi ke hospital mana ye? Boleh terus ke PAC ke atau bagaimana?

4 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Tahniah diucapkan berkenaan kehamilan anda saat ini. Kami juga turut memahami kerisauan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan potensi kontak rapat dan gejala positif COVID-19
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan kandungan anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk makluman anda, WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Sementara menunggu hasil swab tes tersebut, anda boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) atau hospital yang berhampiran untuk mendapatkan arahan yang selanjutnya. Selain daripada itu, jangan lupa untuk sentiasa mematuhi SOP pandemik dengan melakukan kebersihan tangan sekerap mungkin, jauhi individu individu lain buat sementara waktu dan pakai topeng muka apabila keluar rumah.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.