Sulit
3 tahun
Sy ada masaalah dgn perut sy, sy telah mengalaminye lebih dr setahun sdh, sakit sy on,off klu sy silap makan ia akan sakit. Sy ada ambil pelbagai jenis ubat.tetapi masih belum sembuh
Sy telh lakukan gastroscopy,dan ada kemerahan dkt perut sy.apakah rawtn yg sesuai utk hilangkannya atau untuk merawatnye?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Namun maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah yang agak kronik, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan
- penyakit saluran makan (i.e. gastrik, GERD, dll)
- pengambilan ubat-ubatan yang tidak terkawal
- efek sampingan dari ubat
- stress otot yang berlebihan
Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus, kami tidak boleh menjamin punca sebenar sakit yang anda alami. Walau bagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk:
- berehat apabila selesai beberapa tugas
- memastikan pakaian tidak terlalu ketat
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- merujuk ke doktor pakar secepatnya
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.