
Sulit
4 tahun
Sy lelaki berumur lewat 30an. Sy mengalami masalah bengkak buah zakar
Sy mengalami mslh buah zakar abnormal sejak dr dulu lg…sy baca byk artikel berkaitan dan sy rs sy mengalami uluran/hernia/angin pasang. Sy tidak pernah membuat pemeriksaan lanjut sbb malu. Apa jalan yg tbaik…trma kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit buah zakar sehingga ari-ari dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat hernia atau bahasa awamnya adalah angin pasang
- Buah zakar terbelit (testicular torsion)
- Epididymitis - keradangan tiub yang membawa sperma
- Orchitis - jangkitan buah zakar akibat jangkitan virus atau bakteria
- Lipoma yaitu ketulan lemak yang membesar sehingga menimbulkan sensasi senak
- Limfadenitis - keradangan kelenjar limfa
- Seluar dalam yang terlalu ketat - menyebabkan kesukaran pergerakan buah zakar dan zakar
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan segera kerana ini mungkin kes kecemasan seperti buah zakar terbelit. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.