Sulit
4 tahun
Sy positive covid 19 melalui ujian rtk
Sy berumur 22, dan sy +ve covid 19 melalui ujian rtk di klinik swasta… Dan telah melaksanakan pcr pada 24/5/2021 di kkm. Dan ujian belum dikeluarkan… skrng demam sy masih belum kebah. Dan suhu sy sngt tinggi… dan sy cepat lelah dan pening jika melalukn sesuatu bila sy active… dada sy terasa sempit. Dan untuk bernafas dalam sngt sukar. Sy kuarantin sendiri di rumah dan melakukan semuanya sendiri walaupun sy tk larat. Apa perlu sy buat. Sy nak kuarantin di bawah pengawasan. Sy takut tiba² sy pengsan tiada siapa yg mengetahui keadaan sy.
4 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan potensi gejala positif COVID-19. Tambahan lagi, tidak mustahil bagi seseorang untuk terjangkiti virus COVID-19 setelah melakukan ujian swab. Justeru lazimnya ujian swab akan dilakukan setiap kali didapati seseorang itu mempunyai risiko.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk makluman anda, WHO telah menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Justeru saya menyarankan anda untuk mengemukakan info dan cerita yang sama kepada klinik kesihatan atau hospital yang terdekat bagi mengetahui kondisi anda yang sebenar sebagai langkah berjaga-jaga.
Namun sila segera ke klinik atau hospital sekiranya anda mengalami
- sesak nafas yang berat secara tiba-tiba
- demam panas atau peningkatan suhu tubuh yang mendadak
- penurunan kesedaran secara tiba-tiba
Saya juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19. Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, anda digalakkan agar terus melakukan kebersihan tangan dengan kerap, pakai topeng muka jika keluar rumah & patuhi SOP PKP & pandemik sesuai garis panduan KKM.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































