Sulit
4 tahun
Tak datang bulan (period)
Saya brmur 20 tahun dn berkahwin… Pada bulan 9 period sy jatuh pada 23 hribulan… Pada bulan 10 pla period saya xdatang sampai harini 1 hb 11… Kebiasaannya period saya dtng stiap bulan walaupun kiraan 30-35 hri… Saya check pregnant test tapi xde double lain… Kenapa ye doktor? Boleh bagi penjelasan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Tekanan emosi atau stress
- Berat badan terlalu rendah
- Gangguan hormon
- Policystic Ovary Syndrome
- Fibroid dalah rahim
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

























