
Sulit
4 tahun
Takut tidak datang haid
hello doktor . selepas bersetubuh adakah haid akan datang atau tidak ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid.
Untuk makluman anda, kitaran haid akan tetap berlaku sekiranya anda bersetubuh, ataupun tidak. Namun sekiranya anda melakukan persetubuhan tanpa perlindungan dan lelaki mengeluarkan air mani di dalam vagina, kemungkinan untuk kehamilan berlaku adalah tinggi. Sekiranya kehamilan berlaku, kitaran haid anda akan terhenti, dan anda tidak akan datang haid.
Jika anda risau tentang kehamilan atau inginkan kepastian, anda boleh membuat ujian air kencing atau berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.