Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Tanda rahim jatuh dan senaman untuk merawatnya

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Jun 16, 2021 9:46 PM

Sulit 3 bulan

Saya remaja 15 tahun, apakah boleh remaja seperti saya mengalami masalah rahim jatuh? Kerana saya seorang yang minat dengan sukan angkat berat dan lasak…bagaimana saya ingin tahu bahawa saya mengalami rahim jatuh dan macam mana saya ingin memperbetulkan semula rahim saya?

Dr Sri Viknarajan 3 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami memahami kebimbangananda terhadap potensi gangguan rahim jatuh akibat dari kegiatan sukan dan aktiviti lasak. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk pengetahuan anda, rahim atau peranakan jatuh yang merujuk kepada prolaps rahim merupakan suatu keadaan di mana terdapat bahagian organ rahim atau faraj yang terkeluar daripada tempatnya. Antara punca yang boleh menyebabkan rahim jatuh lazimnya termasuk faktor peningkatan tekanan intra-abdomen akibat dari

  • obesiti
  • sembelit yang kronik
  • batuk berpanjangan
  • mengangkat benda berat
  • ketumbuhan pada saluran pencernaan

Namun begitu, prolaps rahim umumnya akan memberikan gejala seperti

  • perasaan berat atau tekanan pada bahagian kemaluan
  • kesakitan pada bahagian pelvis
  • benjolan yang terkeluar dari faraj
  • kencing tidak lawas

Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.

Dikemaskini pada: Wed Jun 16 2021 21:46:57 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang kesihatan am wanita secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19