
Sulit
4 tahun
Tanda-tanda awal kehamilan
salam sejahtera. adakah masalah kembung perut adalah tanda2 awal kehamilan?saya last period 25hb bulan lepas.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, tanda-tanda awal kehamilan adalah seperti:
Haid Lewat Atau Tidak Datang Haid
Mual Loya Atau Muntah
Saiz Payudara Membesar Dan Payudara Menjadi Lebih Sensitif
Kerap Kencing
Deria Bau Lebih Sensitif
Pendarahan kecil
Keputihan
Perubahan selera makan
Keletihan
Akan tetapi, untuk memastikan bahawa anda hamil atau tidak, disarankan untuk anda membuat ujian kehamilan melalui air kencing (UPT) atau berjumpa dengan doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.