nnurnazatul
5 tahun
Tanda-tanda coronavirus
Hi. Saya berumur 21 tahun dan mengalami batuk kering serta sakit tekak. Pada selasa yg lepas, saya telah ke klinik kesihatan titiwangsa untuk mendapatkan rawatan dan doktor hanya mengesahkan saya bahawa mempunyai kahak yg tidak cair yg berkumpul. Beliau hnya memberikan ubat cair kahak. Saya risau kau ini sebenarnya merupakan tanda coronavirus. Adakah saya perlu ke klinik kembali?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah demam boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
jangkitan virus
jangkitan kuman
radang tonsil
trauma
Walaubagaimanapun, kami tidak menolak risiko jangkitan COVID19. Anda disarankan untuk klik pada link ini untuk mendapatkan maklumat lanjut coronavirus di sini:
Anda dikehendaki untuk menilai kategori risiko anak anda. Kuiz menilai risiko (Nilai Risiko COVID-19).
Rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) Anda boleh bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi masalah virus ini.
Kenali gejala-gejala COVID-19 adalah seperti dibawah:
demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































