Sulit
2 tahun
Tangan kiri dan kanan kebas walau x pegang apapun
Hello doc saya berusia 31 thun beberapa hari ini tangan kanan dan kiri saya kebas xkira waktu sedangkan saya x pegang apa2 pun tp kebas tetap ada apakah yg menyebabkan dan cara merawatnya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan diatas, anda menyatakan mengalami masalah kebas pada tangan kiri dan kanan. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala tangan kebas boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Akibat Mengangkat ataupun melakukan kerja berat
- Kedudukan dan posisi tangan yang salah sewaktu melakukan aktiviti
Namun begitu, masalah yang tangan kebas juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Diabetes atau kencing manis
- Masalah otot dan juga saraf
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih