Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Tekanan darah rendah hipotensi

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Jun 3, 2019 1:58 AM

Anonymous 13 bulan

isteri saya sudah 3 hari mengalami pitam,pusing kepala jika bangun. saya telah periksa tekanan darah dia rendah hanya 112/68. saya sudah beri mkn makanan berzat, bergaram, ors , tapi tiada sebarang perubahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 13 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.

Saya dapat memahami bahawa anda sangat prihatin terhadap keadaan anda. Untuk menjawab soalan anda, keadaan anda boleh disebabkan oleh tekanan darah yang tidak normal. Tekanan darah yang normal adalah dalam lingkungan 120/80 mmHg.

Terdapat beberapa punca yang boleh dikaitkan dengan pitam. Antaranya ialah:

  • Labyrinthitis - jangkitan telinga bahagian dalam boleh memberi kesan kepada pendengaran dan keseimbangan, dan boleh membawa kepada pitam.
  • Migrain - pening dan pitam boleh berlaku sebelum atau selepas sakit kepala, atau tanpa sakit kepala
  • Paras gula dalam darah rendah (hipoglisemia) - yang biasanya terjadi kepada orang yang menghidap diabetes dan mengambil ubat terutamanya insulin

Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon Jun 03 2019 01:58:31 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Anonymous
Tekanan darah dan penglihatan kabur salam doktor, tekanan darah saya 86/59…kira cam rendah la kan…pagi ni saya bangun tidur, pandangan mata saya jadi kabur…bukan sekejap…setakat ni dh lebih 15minit, masih kabur. apa patut saya buat? Baca lagi...
11 bulan
Anonymous
Tekanan darah rendah hipotensi isteri saya sudah 3 hari mengalami pitam,pusing kepala jika bangun. saya telah periksa tekanan darah dia rendah hanya 112/68. saya sudah beri mkn makanan berzat, bergaram, ors , tapi tiada sebarang pe… Baca lagi...
13 bulan
massita_gween
Pening dan loya berpanjangan hi doctors saya mengalami pening kepala yg agak teruk apatah lagi bila berdiri kepala berdenyut dan terasa nak pitam sering merasa loya tetapi tidak muntah saya membuat ujian kehamilan tapi kepu… Baca lagi...
12 bulan
siti
Makanan yang sesuai untuk mereka yang menghidap tekanan darah rendah? Kakak saya sering pengsan sewaktu disekolah. Mungkin tekanan darahnya rendah. Apa makanan yang sesuai untuk mereka yang menghidap tekanan darah rendah? Baca lagi...
17 bulan
Sulit
Tekanan Darah Rendah Selepas Bersalin Saya wanita berumur 29 tahun dan mempunyai 2 orang anak. Saya kehilangan 2 liter darah selepas melahirkan anak yang pertama pada 2016 dan menerima 4 beg darah. Selepas mengalami tumpah darah sel… Baca lagi...
2 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi