
Sulit
4 tahun
Tekanan darah tinggi…tetapi sebelum ini saya tidak pernah mengalami tekanan darah macam sekarang. Mungkin saya telah diberhentikan kerja dan duduk di rumah masak dan makan sahaja
saya periksa tekanan darah…atas 124…bawah 89. Kenapa bawah tinggi. Apa tindakan saya selanjutnya. Saya beli mesin dan check sendiri. Tapi sebelum tu saya dah berjumpa dgn doktor dan dia bagi masa 2 minggu untuk turunkan berat badan dan sekarang tengah berusaha keras ke arah itu. Berat badan saya dlm 65kg tinggi 153cm. Terima kasih doktor atas jawapannya nanti

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk pengetahuan anda, tekanan darah normal untuk individu yang sihat adalah sekitar 120/80 mmHg dan denyutan nadi yang normal adalah 60-100 dalam seminit. Berdasarkan kenyataan yang diberikan oleh anda, tekanan darah diastolik adalah tinggi dan ia memerlukan perhatian oleh doktor.
Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang mengalami masalah tekanan darah tinggi:
- Mempunyai penyakit hipertensi
- Stres
- Mempunyai masalah jantung
- Obesiti
- Bacaan mesin yang salah
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai pertanyaaan anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Anda boleh lakukan perkara ini untuk mengawal tekanan darah anda:
- Mengurangkan berat badan
- Mendapatkan rehat yang cukup
- Mengamalkan gaya hidup sihat
- Makan dalam kuantiti yang sederhana
Anda juga boleh berehat sebentar sebelum menggunakan mesin tekanan darah untuk memastikan bacaan tekanan darah anda tidak dipengaruhi oleh aktiviti yang telah dilakukan sebelumnya.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.