
Sulit
4 tahun
Telah Batuk 2bulan dan mengalami telinga berdesing
Saya wanita berumur 24 tahun, mengalami batuk sejak 2 bulan lalu. Pada minggu pertama 16 februari, saya pergi ke klinik panel dan telah diambil darah untuk pemeriksaan dan hasil tiada masalah. Diberi ubat batuk. Minggu kedua saya pergi ke kecemasan dan katanya tiada apa juga diberi ubat dan antibiotik. Minggu ketiga saya pergi ke klinik kesihatan dan mereka isi form untuk ujian tibi dan mengambil sample kahak serta diberi tarikh untuk hadir. 16march saya hadir ke klinik kesihatan tronoh,perak dan hasil sy negative tibi. Dan hari yang sama dikatakan ada jururawat positive covid19. Tetapi disana semasa saya hadir mereka memberikan mask dan hand sanitizers. Semasa hari ke 4 pkp telinga sebelah kiri saya mula tidak begitu jelas dengar dan berdesing. Kini keduanya mengalami sintom yang sama. Dan tmpoh pkp ini juga saya mengalami sakit tekak pada waktu malam sahaja. Tidak demam dan suhu sy cuma 35c sahaja. Menurut doktor bagaimana sakit batuk yang saya alami dan berkait dengan telinga yang berdesing ini terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah telinga berdesing ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Usia
- Bunyi yang kuat
- Tahi telinga yang penuh
- perubahan tulang telinga (Otosclerosis)
- Salur telinga eustachian tidak berfungsi dengan baik
- Ketumbuhan di telinga
- Penyakit Meniere
Setiap penyakit yang disenaraikan mempunya gejala yang berkaitan seperti pendengaran yang rosak, pening kepala, muntah-muntah dan sejarah jangkitan virus yang teruk. Kami memerlukan lebih maklumat untuk mengenal pasti masalah anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.