Sulit
3 tahun
Telinga kadangkala terasa sakit dan berdengung
Hi, saya muhamad aiman berumur 18 tahun. Masalah yang saya alami ni dah lama sejak saya umur 16 tahun lagi. Telinga saya kadangkala terasa sakit dan berdengung dalam tempoh masa yang sekejap. Saya juga ada masalah kurang pendengaran apabila bercakap dengan orang terutamanya tempat yang bising.Masalah ini berlaku lebih kurang 2 kali sebulan. Apakah yang perlu saya lakukan dan adakah masalah ini boleh menjejaskan pendengaran saya. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu telinga berdengung. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Pendedahan kepada bunyi kuat berpanjangan
- Kecederaan pada kepala ataupun pada tengkuk
- Jangkitan dalam telinga
- Kesan ubat-ubatan
- Masalah saluran darah
- Otosclerosis
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Sakit telinga memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Berdasarkan keterangan anda bahawa anda juga mempunyai masalah pendenganran apabila bercakap dengan orang terutamanya di tempat bising, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi menjalani pemeriksaan.
Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis atau kesimpulan yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.