
Sulit
4 tahun
Telur pada zakar lelaki seperti ada tiga dua normal satu kecil
Saya seorang pelajar berumur 17 tahun. Pada tahun lepas 2019 saya baru sedar bahawa terdapat satu lagi telur di telur sebelah kanan saya. Tetapi ianya kecil sahaja. Apabila di tekan berasa agak senak.apakah masalah yang saya hadapi doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan yang anda sedang alami pada masa ini. Walaupun begitu, kami memerlukan lebih banyak maklumat untuk mengetahui punca sebenar. Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Hernia
- Hydrocele
- Kilasan testis (testicular torsion)
- Varicocele
- Ketumbuhan pada testis (Testicular tumor)
- Lipoma
- Sebaceous cyst
- Polyorchidism; keadaan di mana seseorang mempunyai lebih dari dua testis
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mempunyai masalah sedemikian. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui masalah dan punca sebenar supaya anda dapat dirawat mengikut diagnosis yang diberikan oleh doktor.
Alternatif lain ialah anda boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mengetahui dan mendapatkan penjelasan mengenai keadaan anda daripada doktor kami yang bertauliah di atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.