
Sulit
3 tahun
Telur suami bengkak sebelah kanan
saya nak tanya , suami saya berumur 28 , tiap2 pagi suami saya selalu sakit telur dibahagian sebelah kanan dan bengkak , mudah penat . kadang2 suami saya rasa sakit pada bahagian paru2 .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala suami anda alami tersebut, telur bengkak sebelah boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Angin pasang
- Sista
- Varicocele (kumpulan darah dalam urat sekeliling)
- Spermatocele (kumpulan air mani)
- Hydrocele (kumpulan cecair)
- Penyakit radangan
- Ketumbuhan
Sakit pada bahagian paru-paru dan mudah penat pula mungkin disebab oleh masalah pada sistem pernafasan, penyakit kurang darah, kencing manis, darah tinggi, penyakit iskemia jantung, masalah saluran darah dan lain.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala suami anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Urologi.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Paru-paru.