
Sulit
5 tahun
Tempat kerja disahkan ada seorang positif covid 19,sya tiads tanda tanda ke gejala covid 19,apa perlu saya buat
Tiada gejala covid 19 walaupun kontak rapat pesakit,apa perlu saya buat

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai risiko jangkitan COViD-19. Untuk makluman anda, memandangkan rakan sekerja anda disahkan positif COviD-19, anda dikira sebagai kontak rapat. Oleh itu, Anda harus menjalani ujian saringan dan kuarantin.
Anda dikehendaki untuk menilai kategori risiko anda. Kuiz menilai risiko (Nilai Risiko COVID-19). Berdasarkan risiko anda, sila jalani ujian saringan. Walaupun tiada gejala, namun anda masih lagi berisiko dijangkiti virus ini. Anda harus menjalani ujian dengan segera kerana dikhuatiri jika anda menyebarkan kepada ahli keluarga anda yang mempunyai masalah kronik, berusia atau kanak-kanak, mereka boleh mendapat komplikasi serius.
- pantau Gejala-gejala COVID-19 adalah seperti dibawah:
demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
batuk
sesak nafas
Anda boleh bercakap terus dengan doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini