
Sulit
4 tahun
Tempat suntikan menjadi bengkak dan biru
anak saya baru mendapat suntikan mmr dos 2…tapi selepas injection tempat tu menjadi bengkak dan biru pada lengan ank saya…adakah itu normal Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, biru yang berlaku pada lengan anak anda berkemungkinan adalah lebam. Ianya muncul kerana saluran darah kecil pecah ketika jarum dimasukkan ke kawasan tersebut. Lebam mungkin juga sekiranya tekanan yang tidak mencukupi setelah jarum dikeluarkan. Kebiasaannya lebam selepas pengambilan darah biasanya tidak berbahaya dan tidak memerlukan rawatan.
Namun, sekiranya anak anda mengalamai gejala seperti di bawah, disarankan untuk anda membawa anak anda untuk berjumpa dengan doktor.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.