Sulit
5 tahun
Tempoh period yg lama,setiap kali bersama,pasti darah akakn keluar
Saya berusia 46 tahun,berkahwin, mempunyai anak . Sekarang kitaran Period saya agak panjang dlm 10- 15 hari lebih. Bila dh bersih, setiap kali saya bersama dengan suami,pasti akan ada darah keluar. Ada masa sedikit,ada masa sederhana dan berlanjutan sehingga berhari-hari. Saya ada check pam smear kt hospital ,semua ok. Untuk info,saya pernah gugur dalam 7 tahun yang lepas.Apa sebenarnya sakit saya boleh doktor kaitkan dan apa yang perlu saya buat? Dari surirumah ketakutan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan dan sejarah kesihatan yang anda berikan, untuk menangani permasalahan pendarahan haid berpanjangan ini, puncanya harus ditangani. Terdapat faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan gejala yang serupa seperti:
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Kanser rahim atau serviks - gejala lain seperti hilang berat badan dan lemah
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
Antara rawatan lain bagi pendarahan berlebihan adalah seperti pil perancang keluarga, IUCD, rawatan hormon, kaedah “ablation” dan pembedahan. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































