Sulit
2 tahun
Tentang kiraan period
selamat pagi saya mahu tanya hari mula period terakhir saya 31/10/2021 selama 4hari bulan seterusnya anggaran tarikh bila ya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kitaran haid adalah berbeza-beza bagi setiap wanita. Kitaran haid dikira dari hari pertama haid hingga hari pertama haid seterusnya. Purata kitaran haid adalah 28 hari. Kitaran boleh berlaku antara 21 hingga 35 hari pada wanita yang berdewasa dan 21 hingga 45 hari pada remaja muda. Jika haid anda adalah teratur selama ini, anggaran tarikh haid anda yang akan datang adalah pada 28/11/2021. Namun, ia adalah sekadar anggaran sahaja dan ia boleh jadi lebih cepat ataupun lebih lambat daripada tarikh tersebut.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.