Sulit
3 tahun
Tentang ubat apricot seed
Saya berumur 20tahun dan ada ovarian cyst pada ovari sebelah kiri dan berukuran 3.2cmx4.6cm yang merupakan kantung lendir. Soalan saya, bolehkah saya mengamalkan pil apricot seeds yang berjenama ND life , saya beli di farmasi. Apakah kesan yang akan berlaku sekiranya tubuh saya tidak sesuai dengan pil tersebut, adakah saya akan berasa sakit atau akan menerima kesan sampingan yang lain ? Terima kasih atas penerangan doktor…
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Umumnya, masyarakat perlu tahu bahawa suplemen dan makanan tambahan hanyalah perangsang yang tidak boleh dijadikan alternatif kepada kaedah pengubatan kontemporari yang disediakan oleh pihak kesihatan di hospital dan klinik.
Tambahan lagi setiap saranan doktor lazimnya berdasarkan kondisi kesihatan anda secara khusus, kerana setiap orang mempunyai keadaan & kondisi kesihatan yang berbeza.
Justeru, walaupun kajian mendapati bahawa suplemen ini (apricot seed) mempunyai khasiatnya tersendiri, saya tetap menyarankan anda untuk mendapat nasihat doktor secara langsung agar evaluasi yang lebih komprehensif dapat menentukan pelan kesihatan dan suplemen yang paling sesuai untuk anda amalkan.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.