
Sulit
4 tahun
Tentang vagina dan rahim
hai , saya umur 19 dan belum kahwin , minggu lepas bahagian kelentit saya ni sakit dan sekarang macam ada biji . dan saya takpasti , didalam lubang vagina kita , bila dijolok akan rasa daging ataupun tidak .saya pegang rasa daging , saya takut rahim jatuh

4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah ketulan atau benjolan di dalam faraj yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah sakit pada biji pada bahagian faraj boleh disebabkan oleh beberapa kondisi kesihatan seperti:
- Ketumbuhan sista pada kelenjar Bartholin , yang terletak pada kawasan berhampiran lubang faraj.
- Ketumbuhan sista pada dinding vagina
- Fordyce spots , iaitu sejenis ketumbuhan sista kelenjar peluh pada kawasan lubang faraj
- Kembungan salur darah pada kawasan vagina atau lubang faraj ( varicosities )
- Kanser vulva atau vagina, terutamanya sekira anda pernah mengalami jankitan ketuat kelamin ( Genital Herpes )
- Ketuat kelamin atau dikenali sebagai Genital herpes . Ia merupakan salah satu jangkitan STD ( Sexual transmitted disease )
Namun ini hanyalah keterangan am dan pemeriksaan lebih lanjut perlu dilakukan. Pemeriksaan lebih lanjut juga diperlukan untuk masalah rahim yang anda nyatakan untuk kami memberikan kesimpulan.
Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan gejala bintik-bintik gatal iaitu:
- Alahan pada kulit yang boleh disebabkan oleh bahan alahan yang terdapat pada sabun, krim, losyen ataupun pemakaian anda.
- Keradangan pada kulit seperti ekzema dan dermatitis
- alahan pada tumbuh-tumbuhan
Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda mengenai perkara ini bagi mendapatkan ubat yang khusus untuk mengurangkan kegatalan dan keradangan pada kulit.
Sementara itu, pastikan anda mengelak daripada bahan alahan yang diketahui.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.