Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Terdapat Kurap di celah paha sya membuatkn sya rsa gatal & sgt tidak selesa

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: September 19, 2020 8:21 AM

Sulit 30 hari

Saya wanita 34 tahun…terdapat kurap di bahagian celah paha sya…ubat jenis apa kh yg perlu sya ambil?

Dr Ramzdhan 30 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu kurap di bahagian paha.

Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.

Kurap , atau ringworm, disebabkan oleh jangkitan kulat yang dikenali sebagai dermatophytes. Terdapat 3 jenis dermatophyte yang boleh menyebabkan kurap iaitu Tricophyton, Epidermophyton dan Microsporum.

  • Kurap biasanya berjangkit melalui sentuhan.
  • Kulit yang berkurap biasanya mempunyai plak merah yang bersisik. Plak kurap yang tidak dirawat boleh membesar dan membentuk gelang merah di sekelilingnya.
  • Kurap sering menjangkiti kulit badan yang selalui berpeluh seperti di peha, punggung, perut, belakang dan kaki.
  • Kulit yang berkurap boleh menyebabkan kegatalan yang serius.
  • Kulit gatal yang selalu digaru akan pecah dan terdedah kepada jangkitan kuman yang lain.

Kurap biasanya dirawat dengan:

  • ubat sapu antikulat
  • ubat sapu antifungal

Ubatan sapu hanya digunakan untuk kurap yang melibatkan bahagian kulit yang terhad sahaja. Terdapat beberapa jenis bahan yang boleh digunakan untuk merawat kurap seperti imidazole, clotrimazole dan cicloprox.

Untuk mencegah kurap:

  • elakkan bahagian kulit yang lembap
  • Tukar pakaian dengan kerap jika berpeluh
  • mandikan badan dengan bersih
  • Elakkan berkongsi barang dengan orang yang berkurap.

Inginkan nasihat perubatan untuk masalah kulit? Dapatkanlah nasihat doktor pakar kulit (dermatologist).

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sat Sep 19 2020 08:21:08 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Kulit tentang penyakit kulit secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Masalah kulit kering dan mengelupas Hai doktor. Apakah sebab kulit menjadi kering dan mengelupas di muka? Kadang² saya rasa gatal. Adakah disebabkan saya salah makan atau menggunakan produk yang baru. Tapi saya rasa tidak. Apakah … Baca lagi...
21 hari
Sulit
Cara mencegah keloid yang akan tumbuh pada bahagian keloid yang dibuang secara sendiri di muka Saya lelaki berusia 24tahun. Masalah saya, saya mempunyai keloid di bahagian jaw dimuka sejak 4 tahun yg lalu akibat jerawat. Saya sudah beberapa kali membuat suntikan steroid di bahagian keloid… Baca lagi...
27 hari
Sulit
Kawasan sekitar mulut menjadi hitam Salam. Saya baru je keguguran kandungan 8 minggu. Setiap 2-3 bulan period atau makan, saya akan dapat seperti allergic reaction di sekitar kawasan mulut saya. Mula mula akan gatal, kemudian akan… Baca lagi...
15 hari
Sulit
Lengan Tangan biji merah Saya lelaki ingin tanya lengan tangan saya terdapat 1 biji mcm pimple dan brp biji kecil dgn permukaan dia merah dan tengah merah tu ada mcm cair or tgk mcm putih. Bila sentuh rasa sakit sikit. … Baca lagi...
14 jam
Sulit
Kegatalan pada kemaluan dan jerawat Hello doktor, saya nak tanya, saya seorang pemuda berusia 23 tahun. Saya mengalami masalah kegatalan pada kemaluan saya. Pada mulanya keadaannya menjadi kering dan bersisik. Kadang-kadang ia men… Baca lagi...
19 hari
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!