Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Terguna ubat bekas pesakit hiv

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Julai 9, 2020 1:55 AM

Sulit 2 bulan

Adakah saya boleh dijangkiti hiv sekiranye saya telah terguna sisa ubat brkas pesakit iaiutu ubat oral mulut.

Dr Sri Viknarajan 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, “Human Immunodeficiency Virus” (HIV) merupakan sejenis virus yang menyerang sel-sel imun yang mempertahankan tubuh manusia daripada jangkitan. Jangkitan HIV tidak tersebar dengan hanya memakan ubat untuk merawar sakit.

Cara penyebaran HIV yang paling kerap adalah melalui hubungan seks tidak terlindung (seks melalui dubur atau faraj) perkongsian jarum atau peralatan suntikan dadah. Cara penyebaran HIV yang lebih kurang biasa adalah daripada ibu kepada anak ketika mengandung, melahirkan anak atau menyusukan anak.

Bagi HIV untuk ditularkan melalui ciuman, ciuman tersebut haruslah mendalam, dengan mulut terbuka dan pencium HIV-positif serta pasangannya perlu mempunyai luka dalam mulut atau gusi berdarah. Darah pasangan HIV-positif perlu memasuki aliran darah pasangan HIV-negatif bagi jangkitan HIV untuk berlaku. HIV tidak boleh ditularkan melalui air liur atau ciuman dengan mulut tertutup.

Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih

Dikemaskini pada: Thu Jul 09 2020 01:55:04 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Pengambilan asid folik dan kafein saya merancang untuk hamil. saya ingin mengamalkan asid folik. adakah pengambilan asid folik perlu seiring dengan mengelakkan pengambilan air kafein seperti kopi? adakah dengan minum kopi akan m… Baca lagi...
3 hari
Sulit
Pil loratadine&ceritizine Hi, saya telah ambil pil cetirizine, malangnya masih lagi bersin-bersin. dan sekarang saya mahu cuba ambik pil loratadine pula. berapa jarak jam perlu saya tunggu untuk ambil loratadine pula? tq… Baca lagi...
3 hari
Sulit
Hormon Selepas Ambil Ubat Oraclon Saya wanita 26 tahun, sudah berkahwin, Anak 1 tahun 1 bulan, begini, saya mengambil pil perancang oraclon sejak anak berusia 7 bulan, baru² nie saya ade keluar keputihan berwarna choc diikuti de… Baca lagi...
37 hari
Sulit
Paracetamol di saluran pernafasan Salam dr, macam mana nak keluarkan paracetamol yang termasuk di saluran pernafasan? Sebab tadi saya makan ubat then tersedak masa nak minum air tu. Dan saya rasa ubat tu termasuk di bahagian sal… Baca lagi...
6 hari
Sulit
Chalazion treatment issue Hai saya nak tanya adakah rawatan chalazion dilakukan di hospital besar dan juga klinik kesihatan 1 malaysia.Adakah rawatan tersebut mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan ataupun rawatan d… Baca lagi...
22 hari
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15