
Sulit
5 tahun
Terlupa makan ubat perancang
saya wanita berumur 28 tahun.saya baru melahirkan anak kedua 2 bulan.saya mula makan pil noriday bermula 25.11.2019 9.30pm.malangnya semalam 26.11.2019 saya terlewat ambil pil melebihi 3jam (2.45 am).saya masih belum bersama dengan suami saya.apakah saya masih dilindungi dan apa saya patut lakukan untuk dilindungi semula

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan soalan yang anda berikan, anda boleh mengambil pil perancang yang anda lupa dengan segera dan teruskan pengambilan baki pil yang lain seperti biasa mengikut jadual kerana anda baru terlepas 1 biji sahaja. Untuk langkah pencegahan tambahan, suami anda boleh memakai kondom untuk tempoh seminggu ini jika anda ingin bersama dengan suami anda. Sekiranya anda mempunyai soalan-soalan berkaitan dengan pil perancang, anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.