
Sulit
5 tahun
Test upt negatif tapi ada tanda mcm hamil
Assalam dan selamat sejahtera…sy nk tnya…dlu pada tahun 2019…kitar haid sy mmg xnormal…xteratur…jadi sy makan jamu utk bg normal…slpas mkn jamu haid sy trus dtg…(dlm 4 hari lps.mkn jamu)…peiod dtg pada 25/10/2019 hingga 2/11/2019 (xpasti tarikh period btol ataw x)…pada kali ney period sy bnyk…sebb mgkin lama xdtg…jadi bnyk…dn sy ternmpk kesuburan pd tgh bulan 11 2019… Hjung bln 11 plk sy bersama dgn suami…slps tu sy teruskn mkn jamu sehingga keluar period pada 3/12/2019…mse kluar period…mmg sy rse skit menyucuk…xskit sgt…tp mmg rasa jgk la…tetiba sy nmpk ketul keluar…dgn darah skli mcm period…sy time tu xterpk apa…tp ada rasa pelik skit bentuk ketul darah tu…ay abaikan…dn akhirnya sy truskn jgk mkn jamu tu smpai tggu period yg akan dtg pada 3/1/2020…mslh skrg period sy xdtg2 walaupn sy mkn jamu tu…pd mulanya sy igt sy xmengandung…sebb tu sy mkn jamu tu…tp bla sy tgk period xdtg…sy plik plk knp xdtg period pd bulan 1 tahun 2020…sy dh rsa xsedap ati sy tggal trus jamu tu…lpstu…brulah alah snua dtg…sy berat kpala mse waktu pg dan perut rsa kembung dan mual…seminggu lps tu sy try cek pkai upt strip…mmg positif…tp bnyk kali jgk test…bru dpt 1 yg positif…tp lain negatif…kemudian sy cuba lg scan di kkinik swasta doc ckp xnmpk kantung…dn urine negatif…mengatakan sy xmengandung…adakah sy mengandung…tp perut mkin besar…skrg nk ikot pengiraan dh nk msok 12w…sy tgh confuse dn xtahu nk buat mcm mna…boleh doc terangkn pada sy…mcm mna sy perlu buat…adakah kene tggu lg…ataw sy trus mkn ubat trun drah …tp sy berani nk mkn ubat trun drah sebb tkot mengandong…skrg bla test pg pn negatif…air kencing sy mmg cair…bila sptutny sy test lg ye…adakah slps tggu date period lg skli pada 3/2/2020…dn sy ada sjrah gugur…tq doctor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, urine pregnancy test (UPT) adalah alat pemeriksaan yang dapat mendeteksi hormon beta hCG yaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh plasenta. Memandangkan hormon diciptakan oleh plasenta, yang terjadi setelah persenyawaan, hasil tes positif menandakan bahawa anda mengandung. Maka, sekiranya hasil tes positif maka bererti persenyawaan telah terjadi. Sekiranya negatif bererti tiada persenyawaan terjadi. Lihat link ini untuk panduan menggunakan alat uji kehamilan. Untuk konfirmasi lanjut, sekiranya anda masih ragu, anda boleh mendapatkan scan untuk melihat isi rahim anda.
Justeru, memandangkan hasil scan dan ujian air kencing adalah negatif, maka anda adalah tidak hamil.
Seandainya terdapat keraguan tambahan, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.