
Sulit
5 tahun
Testis bengkak (pengidap jantung bengkak)
Sya pengidap jantung bengkak. Mengalami kaki bengkak Dan testis bengkak (Tak sakit tp sejuk) dan ubat buang air memg pihak hospital bekalkan. Adakah gejala ini berlaku pada pengidap jantung bengkak spt sya?..

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah yang anda alami memang sering berlaku dalam pesakit yang mengalami masalahjantung. Hal ini kerana, jantung tidak dapat mengepam dengan baik dan menyebabkan aliran darah tidak lancar. Hal ini menyebabkan air keluar dari saluran darah terutama sekali bahagian bawah badan kerana tarikan graviti.
Oleh hal yang demikian, anda dibekalkan dengan ubat buag air bagi mengurangkan bengkak anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda juga boleh klik pada link di bawah untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!