
Sulit
5 tahun
Testis Kendur sebelah
Saya lelaki berumur 28 tahun, telur saya atau testis saya kendur sebelah dan ianya lebih kelihatan apabila ianya sedang kendur. Adakah ianya merbahaya kepada saya atau tidak memberi kesan terhadap kesihatan hanya mungkin saya akan tidak selesa. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Menurut penjelasan anda, keadaan ini mungkin dapat disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- testis retraktil (buah zakar bergerak-gerak keluar masuk kantung)
- undescended testis (UDT) (buah zakar tidak turun)
- testis ektopik (buah zakar menetap di luar kantung)
- testis / buah zakar tidak terbentuk
Setiap keadaan diatas mempunyai perawatan yang berbeza-beza. Bagi mengenalpasti mana satukah keadaan diatas yang terjadi pada anda, anda harus merujuk ke doktor pakar bedah kerana alatan yang diperlukan adalah lebih maju.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.