Sulit
5 tahun
Testis tak kecut, bawah kepala testis bengkak
Saya lelaki 20 an, testis saya macam bengkak di bahagian bawah kepala,dia jadi stay tk kecut, bila buang air kecil, dia keluar urat, dan saluran kencing tk puas, kena air sejuk pun dia tk kecut ketika kencing
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu buah zakar membengkak di sebelah tanpa kesakitan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala benjolan pada buah zakar anda boleh disebabkan:
- Kista (cyst) pada buah zakar seperti “sebaceous cyst”
- Hidrosele - cecair lebihan dalam buah zakar
- Varikosele - saluran darah dalam buah zakar membengkak
- Orkitis - keradangan dalam buah zakar akibat jangkitan kuman
- Alahan dermatitis - akibat alah kepada kain seluar dalam
- Buah zakar terbelit - hal ini tidak mungkin terjadi kepada anda kerana anda akan berasa sangat sakit jika anda menghidapi penyakit ini
Jika masalah ini telah selesai, nikmatilah saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Sekiranya anda mempunyai gejala seperti kesakitan, merah dan bengkak membesar pada buah zakar anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah


































