
Sulit
4 tahun
Tiada mucus lendir keluar selepas beberapa hari period
Saya wanita berumur 29 tahun, sudah berkahwin. Setiap bulan, selepas beberapa hari selepas period saya, akan terdapat lendir mucus yang keluar menandakan saya dalam keadaan subur. Tetapi pada bulan lepas, tiada lendir mucus yang keluar. Ini menyebabkan saya tidak dapat mengetahui waktu subur saya dan tidak dapat merancang untuk hamil. Ada terdapat masalah jika tiada lendir mucus yang keluar?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah tiada cecair mukus ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kesan sampngan ubat
- Umur
- Douching- mencuci bahagian dalam faraj
- Berat badan tidak mencukupi
- Ketidakseimbangan hormon
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Selain itu, cara lain untuk mengetahui waktu subur adalah dengan mengetahui purata kitaran haid anda dengan menggunakan kitaran haid anda selama 6 bulan yang lepas. Waktu subur selalunya pada pertengahan kitaran. Sebagai contoh, sekiranya seseorang wanita mempunyai purata kitaran haid selama 28 hari, maka hari subur jatuh pada hari ke 14.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.