
Sulit
4 tahun
Tiada selera makan, masalah pencernaan makanan tidak buang air besar 2 hari. masalah sakit tulang belakang
Saya lelaki berumur 21 tahun, telah mengambil dadah/syabu 2 hari lepas pada kdar yang sedikit dan kali pertama. Berapa lamakah kesan dadah ini bertahan dalam badan dan bagaimana untuk mengurangkan kesan dadah ini ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Berdasarkan keterangan anda, gejala yang anda alami berkemungkinan besar diakibatkan oleh kesan pengambilan dadah tersebut. Bagaimanapun, secara umum, masalah hilang selera makan dapat disebabkan oleh pelbagai perkara lain atau penyakit dasar, seperti:
- Gastroesophageal reflux disease (GERD)
- Irritable bowel syndrome (IBS)
- Gangguan hormon seperti tiroid
- Kanser
- Masalah psikiatri seperti anorexia nervosa
Sekiranya pengambilan makanan yang kurang, maka ia juga boleh menjejaskan kekerapan membuang air besar. Berkenaan dengan dadah, anda dinasihatkan untuk menghindari aktiviti berkenaan kerana ianya boleh memudaratkan kesihatan anda. Bagi mengurangkan kesan dadah, ianya perlu dirawat, sekiranya ia biarkan dikhuatiri dapat memperburuk keadaan. Untuk menentukan rawatan yang tepat bagi masalah anda, penyebabnya haruslah dikenalpasti terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Jika masalah ini berlarutan, anda disyorkan untuk merujuk lanjut dengan doktor secara langsung di klinik/ hospital berdekatan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih