
Anonymous
5 tahun
Tidak datang bulan selama 7 bulan
saya wanita 20 an . saya tidak datang haid selama 7 bulan bermula dari bulan november tahun lepas sehingga bulan ini . saya belum berkahwin . dan ini adalah pertama kali saya datang bulan lambat . selalunya akan datang 2,3, bulan . mohon Dr suggest ubat apa yang perlu saya ambil .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kitaran haid yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Haid anda mungkin datang lebih awal atau lebih lewat dari biasa. Kitaran haid yang tidak teratur tidak semestinya menandakan masalah, tetapi kadangkala anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor.
Terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur.
• Akil baligh: Haid anda mungkin tidak teratur untuk setahun atau dua tahun pertama haid berlaku
• Permulaan menopaus (antara umur 45 dan 55)
• Awal kehamilan
• Penyusuan
• Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
• Penggunaan ubat tertentu
• Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
• Senaman
• Tekanan yang berlebihan
• Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
• Penebalan atau polip pada lapisan rahim
• Fibroid rahim
Untuk menjawab soalan anda, jika anda mengalami kitaran haid yang normal sebelum ini dan tiba-tiba mengalami haid lewat, ini bermakna sesuatu yang tidak normal. Anda patut berjumpa dengan doktor untuk mengenal pasti punca masalah ini. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih