
Anonymous
5 tahun
Tidak datang haid dan Vagina kering
Saya ibu 2anak berusia 30an.kitaran haid saya sebelum ni adalah tetap (hujung bulan) tetapi tidak lama, dalam 3-4hari saja, yang menjadi kerisauan saya adalah bila haid saya tidak datang bulan ni (julai).Saya sudah buat upt di rumah tetapi negativ dan menambah kerisauan saya apabila bersama suami…vagina saya kering, tiada cecair walaupun teransang.Adakah ini di sebabkan masalah hormon? Atau ada sakit lain? Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- simptom perimenopaus (biasanya ada dengan simptom lain seperti hilang mood, spotting, berasa panas sekitar tubuh, berasa lesu berbanding dahulu)
- kurang minum air
- masalah seperti kemurungan dan anxiety disorder
- vulvovaginitis (jangkitan pada kemaluan luar)
- penyakit autoimun sseperti Sjogren syndrome
- kelenjar pituitari yang tidak aktif
Buat masa sekarang, saya mengalakkan puan untuk menggunakan lubricant (pelincir) ketika berhubungan kerana berhubungan ketika vagina kering boleh meningkatkan risiko untuk vagina luka sehinggalah puan berjumpa pakar perubatan atas masalah puan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.