Sulit
6 tahun
Tidak datang haid lebih daripada setahun
Saya wanita berumur 23 tahun dan sya mempunyai masalah tidak datang haid. Dalam kiraan saya, saya sudah tidak datang haid lebih kurang setahun . Saya sudah rujuk dengan klinil swasta namun doktor tidak memberi apa2 ubat kerana hal ini normal disebabkan gangguan hormon. Namun saya khuatir kerana sudah terlalu lama saya tidak datang haid. Apakah jenis ubat yang patut saya ambil untuk masalah saya ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, antara penyebab gangguan kitaran haid dan penyebab haid lewat adalah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.
























