Sulit
5 tahun
Tidak datang haid selama 2 tahun 8 bulan selepas melahirkan anak pertama
Hai doktor …saya berumur 26 tahun … saya dah lama tak dtg haid sejak bersalin anak sulung…anak skarang berumur 2 tahun 8 bulan …dari lahir anak breastfeeding …baru berhenti bulan 1 awal tahun ini… saya sudah buat checkup dan dr dah scan dan mengatakan rahim saya tiada ape masalah…adakah ini mormal ?? Ade tak ubat yg boley turunkan darah haid ?? Perlukah saya berjumpa dgn dr pakar sakit puan ??Saya merancang utk anak kedua…saya belum dtg bulan , boleh kah saya mengandung lagi ?? Itu saja soalan saya. . Terima kasih
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perubahan pada kitaran haid wanita. Antaranya:
- masalah gaya hidup
-tekanan stres
-masalah kekurangan berat badan atau kehilangan berat badan secara mendadak
-senaman yang terlalu banyak
-kelebihan berat badan atau obesiti - penyakit-penyakit lain seperti gangguan tiroid yang terlalu aktif, kencing manis yang tidak terkawal atau menopaus pramatang juga boleh menyebabkan haid yang lewat.
- gangguan hormon yang lain
Namun kelewatan haid juga boleh berpunca dari:
- kehamilan atau menyusu anak bayi
- masalah dengan rahim, ovari atau faraj
- kontraseptif seperti pil perancang kehamilan dan alat perancang kehamilan
- sindrom ovari polisistik (PCOS)
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan kencing atau darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!























