Sulit
3 tahun
Tidak datang haid selama saru Sehingga dua tahun
Hi doktor. Sy seorg ibu berusia 25 thn. Mpunyai 2 org anak. Sy mgalami masalah tidak dtg haid selama 1-2 tahun. Sy sudah lama tidak mgambil apa2 perancang. Drpd pmerhatian sy, Akhir2 ini berat badan sy memang akan naik 3 bln skli. Setiap kali sy mderma darah. Sebelum ni berat sy 85kg, last mderma 4/1/2021 88kg.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan selamat tengahari, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.