
Sulit
5 tahun
Tidak datang haid selepas ambil postinor 2
Saya baru berkhawin dan saya merancang untuk belum mempunyai anak. Baru baru ni sy bersama suami…tapi suami sy tersasar di dalam…waktu kami bersama adalah di waktu 5hari/seminggu sebelum jangka period sy…disebabkan suami sy tersasar di dalam…sy mengambil pil postinor keesokan harinya…melebihi 24jam dan sy terus makan 2 biji sekaligus…harini cukup seminggu sy makan postinor tersebut…sy belum datang period tapi dah melebihi jangka period sy yg sepatutnya datang…adakah kesan disebkan ubat? Apakah perlu sy mengambil ubat untuk period keluar?berapa lama proses ubat postinor tersebut untuk sy datang period semula

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Buat pengetahuan anda, cara pengambilan postinor itu telah betul. Pil postinor dua merupakan pil kecemasan yang perlu diambil dalam tempoh 72 jam. Kebarangkalian anda untuk hamil itu rendah, tetapi tidak mustahil.
Antara punca haid lewat adalah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kehamilan
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.