Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Tidak datang haid selepas keguguran

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: April 30, 2020 5:11 AM

Sulit 2 bulan

Assalamualaikum dr. Saya wanita berusia awal 20an. Saya baru sahaja keguguran bulan 2 tahun ini pada usia kandungan 6minggu. Saya datang haid pertama selepas gugur pada 24/3. Bulan ini saya tidak didatangi haid. Saya ada merasa sakit pinggang, pening dan loya. Bila check upt negatif. Apakah ini simptom normal selepas keguguran ya dr?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 2 bulan
General Practitioner

Waalaikumsalam. terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, selain kehamilan masalah had lewat ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.

  • Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.

  • Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.

  • Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.

  • Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Apr 30 2020 05:11:05 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Keguguran kandungan 10 minggu Saya keguguran kandungan 10minggu. Ini kandungan saya yang pertama. Saya masih period sampai ke hari ini hari yang ke 8. Pendarahan saya normal, darah tidak terlalu banyak dan ketulan darah juga… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Keguguran Anak Berusia dua bulan Isteri saya mengalami keguguran. Seleaps proses korek,darah kelihatan berhenti… selepas beberapa bulan… darah ada kembapada bahagia tmpt dikorek. Selepas rujuk hospital… meteka mengambil tindaka… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Ketulan darah keluar selepas 10 hari keguguran . Keguguran yang tak hari pertama keluar darah seperti hati ayam dan uri Saya wAnita umur awal 30 an… sudah berkahwin… baru2 ni saya keluar darah ketulan seperti gugur. Lepas seminggu keluar darah berserta ketulan besar… doc sahkan saya pregnant. Tapi kantung tiada… … Baca lagi...
4 hari
Sulit
Adakah haid biasa or keguguran lagi? Saya seorang ibu 4 orang anak berumur 29 tahun…pada 19/4/20 Saya keguguran pada usia kandungan 6minggu…dan pada 17/5 sy da buat test upt dapat positive tapi Samar…sy cek lagi la pada 19/5/20 neg… Baca lagi...
41 hari
Sulit
Sudah Dua hari mengalami keguguran Saya wanita 20’an dan saya keguguran, usia kandungan 10 minggu…mula keguguran 03 mei … Apakah kaedah, cara atau ubat untuk membersihkan atau mencuci supaya tidak ada sisa sewaktu keguguran yang … Baca lagi...
2 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi