
Sulit
4 tahun
Tidak datang period 2 bln tapi pregnant test negatif
Hai doc…sy brumur 29thn dan bru 6 bln b’khwin. Sblum b’khwin sy mmg mnerima rwatan blnn dgn O&G dr hkl slme 2 thn mcm tu…adakh d sbbkn sy mngalami period tidak tratur mnyebabkn sy sukar utk hamil…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu tidak datang haid 2 bulan. Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai kondisi kesihatan, antaranya ialah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum suatu diagnosis atau kesimpulan ditetapkan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Untuk makluman anda, kesuburan pasangan adalah bergantung kepada kedua dua belah jantina samada lelaki atau wanita. Pemeriksaan klinikal yang lebih terperinci perlu dilakukan di hospital bagi mengetahui punca hal ini berlaku.
Bagi wanita, masalah kesuburan boleh berpunca daripada:
- masalah hormon
- faktor usia
- fibroid
- penyakit keradangan pelvik
- endometriosis
- masalah struktur sistem peranakan
Bagi pihak lelaki pula, masalah ini boleh disebabkan masalah berikut:
- masalah pembentukan sperma (pada lelaki)
- masalah organ-organ pembiakan seperti masalah struktur
- masalah hormon
- akibat jangkitan jangkitan kelamin (STI)
- masalah luar sistem pembiakan seperti kelenjar tiroid, kelenjar pituitari
Justeru, anda harus kenalpasti punca ketidaksuburan anda berdasarkan pemeriksaan dengan doktor. Selain itu, secara umum, tips mudah untuk memastikan kesuburan anda adalah dengan menjaga kesihatan:
- kawal dan kurangkan stres
- amalkan senaman yang regular
- makan makanan yang seimbang dengan semua 7 kelas makanan
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!