
nanaboyz95
6 tahun
Tidak dtg haid selepas bsalin
Assalamu’alaikum n salam sejahtera doc… Sya nana, berumur 24thun, n mmpunyai 2org ank, yg ke-2 brumur 3bln… Lma dha sya x period doc sejak sya abis bpntang… Sya try pregnant test tetapi x de jgak…apa sebab yer doc cm tu… Lgi pn payudara sebelah kiri sya bengkak tdk mcm sbelah kanan…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda sesetengah wanita tidak datang haid selepas bersalin terutamanya bagi wanita yang menyusukan anak dengan susu badan. Namun begitu haid lewat juga boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.